AGENDA POLITIK BARU MALAYSIA: MAMPUKAH ANWAR MEMBAWA PERUBAHAN?
Anwar dilihat oleh rakyat dan juga rakan pakatannya sebagai individu atau pemimpin yang mempunyai karisma, berkaliber dan mampu membawa perubahan politik baru di Malaysia tetapi persoalannya adakah Anwar mampu mengalas harapan menggunung rakyat dan juga rakan pakatannya. Dengan slogan "REFORMASI" yang merupakan trademark Anwar apabila setiap kali turun padang, adakah ia mampu membawa watak sebagai "REFORMIS" gelaran yang diberikan kepadanya untuk membawa perubahan dalam sosio politik Malaysia. Rakyat amat menantikan apakah bentuk perubahan yang hendak dibawa oleh Anwar, tetapi kini belum kelihatan apakah bentuknya. Adakah Anwar lemas dalam hasratnya yang terlampau mengunung atau sedang terkapai-kapai untuk mencari apakah perubahan yang hendak dibawa.
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan budaya politik kampung yang diamalkan oleh parti politik di Malaysia iaitu dengan mengadakan lebih banyak demonstrasi jalanan, menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat, politik fitnah menfitnah dan hari-hari berpolitik seolah-olah tiada kerja yang perlu dilakukan oleh rakyat.
Adakah ini perubahan yang ingin dibawa oleh Anwar yang dilihat sebagai BAPA REFORMIS MALAYSIA. Kalau ini sahaja yang mampu dilakukan oleh Anwar, amatlah malang bagi mana-mana rakyat Malaysia yang menyangjung tinggi terhadap Anwar ibarat harapan tinggal harapan dan janji tinggal janji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment