Banyak tingkahlaku Anwar telah menjadi tanda tanya rakyat terhadap kepimpinan beliau. Adakah beliau insan yang tepat untuk melakukan perubahan lanskap politik di Malaysia ataupun Anwar lemas dengan harapan menggunung rakyat terhadap beliau?
Tingkahlakunya hari ini menampakkan beliau kelam-kabut untuk menentukan halatuju parti pimpinannya. Di samping masalah yang dihadapi oleh dirinya sendiri, beliau berdepan dengan masalah dalaman parti yang memberi tekanan pada beliau untuk menyelesaikannya.
Sejarah politik Anwar menunjukkan beliau tidak mampu menghadapi krisis yang melibatkan organisasi pimpinannya. Seperti contoh, kegawatan ekonomi 1998, beliau tidak mampu menanganinya dengan baik. Ini kerana, Tun M yang menjadi PM ketika itu lebih menonjol dalam menyelesaikan isu kegawatan ekonomi negara berbanding Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan. Beliau lebih cenderung mendiamkan diri.
Kini, masalah dalaman parti PKR pun, beliau hanya mendiamkan diri.
Adakah Anwar dulu sama dengan Anwar sekarang?
Jwbn: Anwar kini dan dulu sama saja. Tiada beza dari segi tingkahlaku dan perwatakan.
Jadi, layakkah Anwar memegang tampuk pemerintahan negara?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment