ADjuZ sTerENg

ADjuZ sTerENg

Thursday, March 18, 2010


Apa dh jadi???

APA DAH JADI ???

Pada Mac 2008,

Hindraf dan PR sehati sejiwa..

Sebagai kuasa pendesak kaum India berjaya menggembleng sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2008. Hasilnya kaum India dan Cina diangkat dan didewakan oleh Pakatan Rakyat kerana menyedari kepentingan undi mereka yang berubah mengikut kepentingan kaum mereka.


2 tahun selepas itu (Mac, 2010),

Hindraf dan PR berkerat rotan…
200 penyokong Hindraf dan pengasas mereka, P. Uthayakumar today menyerahkan memorandum kepada PAKATAN RAKYAT kerana marah PR tidak menunaikan janji untuk menaiktaraf hidup masyarakat India.



Thursday, March 11, 2010

SaLAh PiLih?



"I am sorry and I am seeking your forgiveness because of my mistakes in selecting unqualified candidates."
(Anwar, 17 Feb. 2010)

Anwar Kini

Banyak tingkahlaku Anwar telah menjadi tanda tanya rakyat terhadap kepimpinan beliau. Adakah beliau insan yang tepat untuk melakukan perubahan lanskap politik di Malaysia ataupun Anwar lemas dengan harapan menggunung rakyat terhadap beliau?

Tingkahlakunya hari ini menampakkan beliau kelam-kabut untuk menentukan halatuju parti pimpinannya. Di samping masalah yang dihadapi oleh dirinya sendiri, beliau berdepan dengan masalah dalaman parti yang memberi tekanan pada beliau untuk menyelesaikannya.

Sejarah politik Anwar menunjukkan beliau tidak mampu menghadapi krisis yang melibatkan organisasi pimpinannya. Seperti contoh, kegawatan ekonomi 1998, beliau tidak mampu menanganinya dengan baik. Ini kerana, Tun M yang menjadi PM ketika itu lebih menonjol dalam menyelesaikan isu kegawatan ekonomi negara berbanding Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan. Beliau lebih cenderung mendiamkan diri.

Kini, masalah dalaman parti PKR pun, beliau hanya mendiamkan diri.

Adakah Anwar dulu sama dengan Anwar sekarang?

Jwbn: Anwar kini dan dulu sama saja. Tiada beza dari segi tingkahlaku dan perwatakan.

Jadi, layakkah Anwar memegang tampuk pemerintahan negara?